Welcome to Norrizan Bakers

Norrizan Bakers conducts baking and cooking classes for adults & children. We also supply baking needs and tools.
For those who have interest in flower decoration and other crafts work, classes are also scheduled from time to time. All my works are handmade by me including "hantaran" (wedding gifts for brides) and wedding favors.

Norrizan Bakers menyediakan perkhidmatan tempahan kek untuk sebarang majlis serta kelas memasak buat dewasa dan kanak-kanak. Kami juga membekalkan bahan-bahan dan peralatan membuat kek dan pastri.
Kelas gubahan bunga juga diadakan bagi yang berminat. Norrizan Bakers juga mengambil tempahan, untuk gubahan hantaran dan cenderahati perkahwinan.

Cakes Gallery

Related Posts with Thumbnails

Another Cakes by Norrizan Bakers







House of Fondant Cakes Part IV




Fanz of ...


 
 

    



   

A Special For Someone




  
  

Hamper at Utusan Malaysia

Hamper Izan bukan saja cantik malah sedap


NORRIZAN Alias bersama koleksi hamper yang memenuhi segenap ruang bilik khas di premisnya.

MELIHAT sendiri pelbagai jenis dan bentuk bekas hamper yang tersimpan di dalam salah sebuah sebuah bilik di premis Norrizan Bakers membuatkan penulis terkesima seketika.

Bukan calang-calang hamper yang disediakan untuk pelanggan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ini.
Pemiliknya, Norrizan Alias, 48, mencari idea baru untuk pembungkusan hamper terbaik sebagai buah tangan menjelang musim perayaan.

Menurut wanita yang lebih mesra dengan dipanggil Kak Izan ini, setiap tahun beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan para pembantunya untuk menghasilkan hamper yang cantik serta kek dan biskut yang sedap.

"Gabungan idea mereka (pembantu) dan idea Kak Izan sendiri amat penting dalam pembuatan kek dan biskut untuk memenuhi isi kandungan hamper yang disediakan," jelas Norrizan yang ditemui di premisnya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor , baru baru ini. [klik di sini]

Gubah Bunga Kek Bersama Norrizan Bakers

Cara mudah gubah bunga kek

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my
2010/03/17
TIDAK susah membuat bunga hiasan kek jika tahu teknik dan cara pembuatannya.
pix_middle
Sungguhpun tidak memiliki sebarang kepakaran, ia tetap mampu dilaksanakan, malah segalanya boleh dilakukan jika seseorang memiliki kesungguhan untuk menjayakannya, kata pemilik Norrizan Bakers, Norrizan Alias.
Menurutnya, tidak memiliki bakat semula jadi bukan satu kekurangan sebaliknya berkat usaha yang ditunjukkan, banyak perkara boleh dilakukan.
Begitu juga dengan pembuatan bunga hiasan kek yang mungkin dianggap sukar.

"Apatah lagi kini, banyak kelas yang boleh diikuti untuk mendapatkan tunjuk ajar terutama jika berminat untuk menjadikannya satu cabang perniagaan.
"Jangan mensia-siakan bakat yang ada kerana ia mungkin dapat digunakan untuk membantu meningkatkan taraf hidup kita.
"Jadikan cabaran ketika melakukannya sebagai penaik semangat untuk terus berusaha hingga berjaya mencipta sesuatu yang baru berdasarkan kreativiti sendiri," katanya.

Ditemui di kedainya di Len Seng Garden, Petaling Jaya, baru-baru ini, Norrizan berkata, kebanyakan pengalaman membuat kek yang dicurahkannya diperoleh dari banyak tempat dan melalui bantuan ramai pihak.
"Saya pergi ke mana saja tempat yang memiliki pakar dalam bidang masakan semata-mata untuk belajar teknik yang digunakan.
"Kemudian, saya olah kembali dan berikan sentuhan terkini agar bersesuaian dengan permintaan serta kehendak pasaran terutama generasi muda kini yang sentiasa menginginkan kelainan," katanya.

Dia turut membuka kelas mengajar membuat kek, bunga hiasan untuk kek dan memasak kepada usahawan yang berminat.
"Kelas ini saya usahakan supaya dapat memperturunkan kepakaran yang ada kepada generasi muda agar mereka dapat menjadikan bidang ini sebagai kerjaya pilihan," katanya yang memiliki laman web www.norrizanbakers.com.

Untuk paparan Hias minggu ini, ikuti cara mudah menghasilkan bunga hiasan untuk kek. Sebelum itu, sediakan bahan untuk membuat pes gula iaitu gelatin, air panas, cecair glukos, gula ising dan tepung jagung. Bagi bahan membuat bunga hiasan pula, sediakan doh pes gula, dawai, berus warna, putih telur dan pelekat bunga.

1. LEPER..canaikan doh pes gula senipis mungkin.

2. TERAP...gunakan acuan berbentuk kelopak bunga dan terap sebanyak mungkin.

3. BENTUK...tekan hujung kelopak bunga terbabit hingga menjadi beralun.

4. SATUKAN...sapukan putih telur pada kelopak bunga untuk mencantumkannya antara satu sama lain.

5 (guna kedua-dua gambar 5 dan 5a). KUDUP...untuk kudup bunga, hanya perlukan dua kelopak dan biarkan ia hingga kering.

6. GABUNG...cantumkan dawai pada kelopak bunga dan gunakan putih telur sebagai gam.

7. BENTUKKAN...pastikan hujung kelopak bunga tadi dilengkungkan untuk menampakkan bentuk kelopak bunga asli.

8. BAKAR...untuk mempercepatkan proses pengeringan, bakar kelopak bunga terbabit dalam ketuhar pada suhu 50 darjah celsius.

9. BALUT...kudup bunga tadi dibalut dengan pelekat bunga.

10. SERTAKAN BERSAMA...lilitkan bersama beberapa kelopak bunga yang sudah dikeringkan.

11. GUBAH...untuk menambahkan seri bunga sertakan bersama daun hiasan.

12. SIAP...bunga hiasan untuk kek.

sumber : Harian Metro
 
norrizan bakers © 2008 | Cr�ditos: Templates Novo Blogger