Welcome to Norrizan Bakers

Norrizan Bakers conducts baking and cooking classes for adults & children. We also supply baking needs and tools.
For those who have interest in flower decoration and other crafts work, classes are also scheduled from time to time. All my works are handmade by me including "hantaran" (wedding gifts for brides) and wedding favors.

Norrizan Bakers menyediakan perkhidmatan tempahan kek untuk sebarang majlis serta kelas memasak buat dewasa dan kanak-kanak. Kami juga membekalkan bahan-bahan dan peralatan membuat kek dan pastri.
Kelas gubahan bunga juga diadakan bagi yang berminat. Norrizan Bakers juga mengambil tempahan, untuk gubahan hantaran dan cenderahati perkahwinan.

Cakes Gallery

Related Posts with Thumbnails

Gubah Bunga Kek Bersama Norrizan Bakers

Cara mudah gubah bunga kek

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my
2010/03/17
TIDAK susah membuat bunga hiasan kek jika tahu teknik dan cara pembuatannya.
pix_middle
Sungguhpun tidak memiliki sebarang kepakaran, ia tetap mampu dilaksanakan, malah segalanya boleh dilakukan jika seseorang memiliki kesungguhan untuk menjayakannya, kata pemilik Norrizan Bakers, Norrizan Alias.
Menurutnya, tidak memiliki bakat semula jadi bukan satu kekurangan sebaliknya berkat usaha yang ditunjukkan, banyak perkara boleh dilakukan.
Begitu juga dengan pembuatan bunga hiasan kek yang mungkin dianggap sukar.

"Apatah lagi kini, banyak kelas yang boleh diikuti untuk mendapatkan tunjuk ajar terutama jika berminat untuk menjadikannya satu cabang perniagaan.
"Jangan mensia-siakan bakat yang ada kerana ia mungkin dapat digunakan untuk membantu meningkatkan taraf hidup kita.
"Jadikan cabaran ketika melakukannya sebagai penaik semangat untuk terus berusaha hingga berjaya mencipta sesuatu yang baru berdasarkan kreativiti sendiri," katanya.

Ditemui di kedainya di Len Seng Garden, Petaling Jaya, baru-baru ini, Norrizan berkata, kebanyakan pengalaman membuat kek yang dicurahkannya diperoleh dari banyak tempat dan melalui bantuan ramai pihak.
"Saya pergi ke mana saja tempat yang memiliki pakar dalam bidang masakan semata-mata untuk belajar teknik yang digunakan.
"Kemudian, saya olah kembali dan berikan sentuhan terkini agar bersesuaian dengan permintaan serta kehendak pasaran terutama generasi muda kini yang sentiasa menginginkan kelainan," katanya.

Dia turut membuka kelas mengajar membuat kek, bunga hiasan untuk kek dan memasak kepada usahawan yang berminat.
"Kelas ini saya usahakan supaya dapat memperturunkan kepakaran yang ada kepada generasi muda agar mereka dapat menjadikan bidang ini sebagai kerjaya pilihan," katanya yang memiliki laman web www.norrizanbakers.com.

Untuk paparan Hias minggu ini, ikuti cara mudah menghasilkan bunga hiasan untuk kek. Sebelum itu, sediakan bahan untuk membuat pes gula iaitu gelatin, air panas, cecair glukos, gula ising dan tepung jagung. Bagi bahan membuat bunga hiasan pula, sediakan doh pes gula, dawai, berus warna, putih telur dan pelekat bunga.

1. LEPER..canaikan doh pes gula senipis mungkin.

2. TERAP...gunakan acuan berbentuk kelopak bunga dan terap sebanyak mungkin.

3. BENTUK...tekan hujung kelopak bunga terbabit hingga menjadi beralun.

4. SATUKAN...sapukan putih telur pada kelopak bunga untuk mencantumkannya antara satu sama lain.

5 (guna kedua-dua gambar 5 dan 5a). KUDUP...untuk kudup bunga, hanya perlukan dua kelopak dan biarkan ia hingga kering.

6. GABUNG...cantumkan dawai pada kelopak bunga dan gunakan putih telur sebagai gam.

7. BENTUKKAN...pastikan hujung kelopak bunga tadi dilengkungkan untuk menampakkan bentuk kelopak bunga asli.

8. BAKAR...untuk mempercepatkan proses pengeringan, bakar kelopak bunga terbabit dalam ketuhar pada suhu 50 darjah celsius.

9. BALUT...kudup bunga tadi dibalut dengan pelekat bunga.

10. SERTAKAN BERSAMA...lilitkan bersama beberapa kelopak bunga yang sudah dikeringkan.

11. GUBAH...untuk menambahkan seri bunga sertakan bersama daun hiasan.

12. SIAP...bunga hiasan untuk kek.

sumber : Harian Metro

Kek Kurma Norrizan Bakers

Kek kurma beridentiti Islam



Norrizan membakar kek kurma ciptaannya yang sesuai dihidang sebagai juadah istimewa sepanjang tahun.



POPULARITI buah kurma terutama ketika bulan Ramadan mencetuskan idea kepada seorang pengusaha kek, Norrizan Alias, 40, untuk menghasilkan resipi kek kurma sebagai juadah yang sesuai dimakan sepanjang tahun.
Sememangnya kurma boleh dipelbagaikan lagi resipinya seperti dibuat kek supaya ia lebih bersifat kontemporari, bernilai komersial dan mampu menjadi kek istimewa untuk umat Islam.
Penghasilannya menggunakan lebih 90 peratus isi buah kurma yang diadun dengan sedikit tepung tanpa sebarang pengawet atau perasa tambahan.
Dengan cara itu, ia tidak menjejaskan khasiat yang terkandung dalam setiap isi kurma sebaliknya sama seperti menikmati sebiji demi sebiji buah kurma.
Menurut Norrizan, dengan menghasilkan kek kurma secara tidak langsung buah yang mempunyai banyak khasiat itu tidak hanya dinikmati pada bulan puasa saja, sebaliknya ia dapat diamalkan sepanjang masa dalam bentuk kek.
“Kita semua sedia maklum bahawa buah kurma memang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, namun kebanyakan kita tidak menjadikan memakan kurma sebagai amalan harian.
“Kini, dengan adanya kek sebegini, ia dapat dijadikan hidangan bukan sahaja ketika musim perayaan tetapi untuk amalan pemakanan seharian sama ada ketika sarapan pagi, minum petang atau sebagai hidangan pencuci mulut selepas makan,” katanya.
Berikutan permintaan tinggi terhadap kek kurma terutama di kalangan umat Islam sepanjang bulan Syawal, Norrizan berusaha mengkomersialkan produk itu dengan nama Kek Tamar Cik Wan selepas berjaya mendapatkan pengiktirafan Logo Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). [klik di sini]

Norrizan Bakers at Kosmo

Memasak biskut tradisi

Mengetengahkan resipi biskut warisan, Kelas Masakan Norrizan Bakers mempunyai signifikan tersendiri dalam meneruskan kesinambungan sajian tempatan.

WALAUPUN baru pertama kali mempelajarinya, peserta kelas memasak Norrizan seperti sudah mahir membuat biskut tersebut.


BUKAN semua wanita tahu memasak. Bagaimanapun, itu semua tidak menjadi masalah jika anda mempunyai minat untuk belajar. Bagi wanita yang tidak tahu memasak tetapi berminat untuk mempelajarinya, kini terdapat banyak kelas masakan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Bagaimanapun, anda perlu bijak menentukan siapa, di mana, kos pembelajaran dan resipi yang diketengahkan.
Pemilik Norrizan Bakers, Norrizan Alias, 41, memberitahu, beliau sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang masakan dan membuka kelas belajar memasak sepenuh masa di Petaling Jaya, Selangor.

PESERTA tekun mengadun tepung.


"Sudah ditakdirkan, kedua-dua anak saya tidak gemar makan nasi sejak kecil dan hanya memilih kek dan biskut sebagai hidangan utama. Ini membuatkan saya terpaksa belajar cara-cara menyediakan resipi tersebut.
"Malah, kos yang tinggi untuk membeli sebiji kek pada setiap hari membuatkan saya terfikir untuk menyediakannya sendiri di rumah," kata Norrizan.
Beliau yang berniaga biskut raya dan kek memang dikenali di kawasan Petaling Jaya kerana kemahirannya memasak, bukan setakat biskut tetapi juga masakan lain.

"Kawan-kawan yang sudah biasa dengan masakan dan biskut saya mencadangkan saya membuka kelas memasak supaya mereka dapat mempelajari resipi saya yang mereka sukai," jelasnya. [klik di sini]

Kek Jalur Gemilang by Students

Kek dilakar mengikut corak Jalur Gemilang



Sentuhan tangan seorang Sifu....

Proses melukis Bulan dan Bintang

Kerja-kerja hendaklah di lakukan dengan teliti

dengan bangganya...

80% siap

Pasukan Kek Jalur Gemilang

 Kek Jalur Gemilang

Tamar Cake by Norrizan Bakers at Utusan Malaysia

Tamar, jintan hitam ramuan kek



NORRIZAN Alias di hadapan bakeri yang diusahakannya di Petaling Jaya, Selangor.



POPULARITI buah tamar ketika bulan Ramadan mencetuskan idea kepada seorang pengusaha kek, Norrizan Alias, 49, untuk menghasilkan kek tamar sebagai juadah yang sesuai dimakan sepanjang tahun.
Sememangnya tamar boleh dipelbagaikan lagi resepinya seperti dibuat kek supaya ia lebih bersifat kontemporari bernilai komersial dan mampu menjadi kek istimewa untuk semua peringkat usia.
Penghasilannya menggunakan lebih 70 peratus isi kurma yang diadun dengan sedikit tepung, telur dan gula serta jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda.
Menurut Norrizan, dengan menghasilkan kek tamar secara tidak langsung buah yang mempunyai banyak khasiat ini tidaklah hanya dinikmati pada bulan Ramadan saja, malah ia dapat diamalkan sepanjang masa dalam bentuk kek.  klik di sini
 
norrizan bakers © 2008 | Cr�ditos: Templates Novo Blogger