Memasak biskut tradisi
Mengetengahkan resipi biskut warisan, Kelas Masakan Norrizan Bakers mempunyai signifikan tersendiri dalam meneruskan kesinambungan sajian tempatan.BUKAN semua wanita tahu memasak. Bagaimanapun, itu semua tidak menjadi masalah jika anda mempunyai minat untuk belajar. Bagi wanita yang tidak tahu memasak tetapi berminat untuk mempelajarinya, kini terdapat banyak kelas masakan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Bagaimanapun, anda perlu bijak menentukan siapa, di mana, kos pembelajaran dan resipi yang diketengahkan.
Pemilik Norrizan Bakers, Norrizan Alias, 41, memberitahu, beliau sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang masakan dan membuka kelas belajar memasak sepenuh masa di Petaling Jaya, Selangor.
|
|
"Sudah ditakdirkan, kedua-dua anak saya tidak gemar makan nasi sejak kecil dan hanya memilih kek dan biskut sebagai hidangan utama. Ini membuatkan saya terpaksa belajar cara-cara menyediakan resipi tersebut.
"Malah, kos yang tinggi untuk membeli sebiji kek pada setiap hari membuatkan saya terfikir untuk menyediakannya sendiri di rumah," kata Norrizan.
Beliau yang berniaga biskut raya dan kek memang dikenali di kawasan Petaling Jaya kerana kemahirannya memasak, bukan setakat biskut tetapi juga masakan lain.
"Kawan-kawan yang sudah biasa dengan masakan dan biskut saya mencadangkan saya membuka kelas memasak supaya mereka dapat mempelajari resipi saya yang mereka sukai," jelasnya. [klik di sini]